Thursday, January 5, 2017

Negatif.

Aku, makhluk yang berperasaan. Segala yang aku rasa, aku rasa sedalam-dalamnya. Bagi orang yang tidak berfungsi seperti aku, ada kalanya aku kelihatan negatif. Kerana aku, tak dapat membuang sesuatu dari fikiranku, tidak selagi ia belum diselesaikan.

Menafikan kewujudan sesuatu bukanlah sifat aku. Mengendahkan sesuatu yang perlu dihadapi, bukanlah sifat aku.

Aku hadapi kesedihan dan kesakitan, bukan dengan memejam mata dan berpura gembira, tapi dengan memeluknya.

Aku hadapi masalah, dengan berhadapan dengannya. Kerana meletakkannya di tepi dan terus berjalan, takkan menghilangkannya.

Aku hadapi kekeliruan dan kecelaruan, dengan membenamkan kakiku di dalamnya. Aku tarik satu persatu benang berserabut untuk meleraikan, walaupun aku juga tersimpul bersama, walaupun ia memakan masa.

Memang. Aku nampak buruk, nampak negatif, terlalu bergelumang dalam sengsara. Tapi hakikatnya, aku hanya begini kerana sifat aku yang menyelesaikan, walaupun ia menyusahkan, walaupun kelihatan di luar capaian. Kerana aku cuba, sedangkan orang lain biarkan saja.

Adakah buruk, untuk menghadapi realiti, tidak melarikan diri, dan tidak menafikan kewujudannya?

Jika semua orang meninggalkan masalah, siapa akan menyelesaikannya?

___________________________________________

Aku tak perlukan orang untuk ikut aku. Tidak jika tidak berkaitan dengan kau. Jika berkaitan, paling kurang, fahamilah usaha aku. Lebih baik, tolonglah aku. Tolonglah aku untuk hadapi apa yang perlu kita hadapi bersama. Kerana aku hanya nampak sengsara begini, apabila perkara yang patut dihadapi bersama, aku hadapi berseorangan. Kerana aku tak mampu meninggalkan perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab aku. Melepaskan bebanan aku kepada orang lain, bukan cara aku. Walau selemah mana usaha aku dimata yang memerhati, inilah usaha aku.

No comments:

Post a Comment